Sunday, November 20, 2011

Solat itu tiang agama.

Assalamualaikum semua , selamat pagi. Dah sarapan dah masing2? .. haha saje je nak berblogging ni. Aku nk kongsi satu pengalaman yang aku sendiri lalui sepanjang aku hidup sebagai student kat Melaka ni. Alhamdulillah , aku bersyukur sbb aku dikurniakan satu kebolehan bila aku belajar. Iaitu aku jenis yang sgt serious bila aku belajar. Tapi senang di " distract" oleh benda2 yang remeh temeh je. Aku tgh study , tekun ni! tbe2 ade org dtg nk berborak , aku pun mula la .. borak panjang. Then bila nk start study balik. Hampeh , jgn harap la.. Kelemahan la tu kn? Satu lagi , aku lebih suka subjek membaca daripada mengira .. Walaupun aku x de masalah dengan menghafal atau mengingat formula2 tapi nak dapatkan mood untuk belajar tu mmg payah sangat. Satu perkongsian yang aku nak ceritakan sebenarnya adalah pernah tak korang rasa satu hari tu , tibe2 nak marah orang , orang buat benda tu kita rasa x kena , tak de mood nk belajar , jadi malas , benda yang kita suka buat pun tibe2 kita rasa bosan nak buat. Kenapa ya? Ni pendapat aku sendiri la. Sebab aku sendiri yang mengalami benda ni. Hidup sebagai student byk dugaan , kadang2 aku sendiri tinggal solat n kadang tu suka lengah2 kan solat , lepas tu sampai ke sudah x solat sbb waktu solat dah habis. Sebagai manusia aku jenis yang kena selalu ingatkan diri ni untuk jangan tinggal solat. Antara benda2 yang akan jadi kat aku bila aku tinggal solat nanti ada la. Tbe2 aku buat benda ni jadi semua x kena , aku akan rasa jiwa ni macam kosong.. , lepas tu aku jadi pemarah .. (susah aku nk marah orang) , sampai satu tahap tu aku tidur je kerja sbb mengharapkan lepas aku bangun semua masalah akan settle. Tapi menghadapi satu masalah itu adalah satu jalan penyelesaian sebenarnya dan aku selalu ingatkan diri ni supaya jangan tinggal solat walaupun aku ada hal penting. Allah tu Maha Adil dan Bijaksana.. Allah tak jadikan sesuatu tu tanpa sebab yang munasabah. Jadi , aku redha dengan apa jua ujian yang diberi. Sebab aku sedar , aku akan matang dan belajar drpd kesilapan aku tu. Cuma aku je yang suka buat 2 kali kesalahan yang sama. Itulah Aziim Azib. Aku syukur sangat sbb bila aku buat sesuatu kesalahan tu mesti selalunya kene CASH kat dunia , bila dah kene CASH aku cepat sedar. Tu je yang nk dikongsikan .. =) Harap-harap korang pun janga la buat kesalahan yang sama dgn aku. Ingat , solat itu wajib , jgn la tinggal solat atau lengah2knnya semata-mata untuk settlekan urusan dunia. Kadang2 kita kena fikir , perbuatan kita sedang dicatat oleh Malaikat dan Allah memerhatikan kita. 

0 comments:

Post a Comment