Wednesday, November 16, 2011

Kenapa orang Yahudi pandai? [Bahagian II]

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca sekalian! Pada entry yang lepas kita dah berbual mengenai bagaimana orang yahudi ini merancang untuk menjadikan anak mereka genius dan cerdik pandai. Memang tidak kita sangka dengan kajian yang mereka telah jalankan , hasilnya mereka telah melahirkan cendekiawan , jutawan , dan ramai orang-orang yang genius. Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu aku rasa tak perlu la aku nak jelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Semua ini cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang member sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan tu? Haha pandai-pandai la korang fikir.

Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri mereka dapat melahirkan orang cerdik pandai? . Macam yang aku dah terangkan tadi, mereka ni suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. Di samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon. Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?

Hmm so apa yang aku dapat huraikan untuk bahagian II ini adalah pemakanan sangat penting dalam kehidupan kita. Sebagai student aku sendiri pernah dan selalu makan makanan "fast food". Kita dah sedar makanan itu di kemudian hari akan menyebabkan kesihatan kita merudum dan boleh menyebabkan penyakit. Tetapi kenapa kita masih terpikat dengan makanan yang telah dicipta orang yahudi ini sendiri. Tujuan mereka adalah untuk merosakkan tubuh kita , sedangkan mereka melarang generasi mereka untuk makan makanan itu. =) okay , aku nk sambung buat MAF! tunggu next entry ya!

p/s : kalau korang perasan kat gambar aku sebelum ni. Ada something kat belakang sebelah kanan aku. Hmm apa benda la tu. Pukul 5:43pg plak tu. (siapa yang lemah semangat jgn tengok ya)

1 comments:

  1. Pandai sgt ker tak ada lah pandai menipu dan menciplak adalah.. nama pun yahudi.. kita ni cuma pandai bercakap jer..

    ReplyDelete