Thursday, August 4, 2011

Ramadhan - Hari Ketiga


Assalamualaikum semua! sorry semalam x sempat nk update pasal hari ketiga , sbb dah ngantuk sgt. Balik2 daripada Masjid x sempat nk buat ape2. Terus terkam bantal n tilam yang empuk hehe. Okay2 , semlm aku cadang nak pergi Surau As-Siddiq kat Bandar Tun Hussien Onn tapi disebabkn Mak aku nak tumpang kereta pergi solat kat Masjid Hulu Langat je lepas tu ada ke patut dia cakap balik dia nak jalan kaki. Mmg aku terus cancel la .. sebab daripada semalam lagi duk komplen lenguh kaki bila solat , nikn nak berjalan pulak. Korang dah dengar cite aku pasal Masjid kat Hulu Langat tu kn? Tajuk entry Ramadhan - Hari Pertama. Hehe seperti biasa , aku ngantuk bila dah rakaat ke-5. Tapi mlm tu special sikit sbb org masjid ada penceramah jemputan daripada Kedah.

Kalau korang perasan gambar atas ini , baru 3 hari lepas aku tgk kolah air ini baru tgh bersimen n x de tampal tile lagi kat bdn die , tapi semlm terus dah siap. Bagus jugak la , senang bahagian lelaki ni nak ambil wuduk .. yang suka guna paip pun ada jugak tp aku suka guna kolah. 

Okay2 , jom kita sambung apa yang aku cerita tadi. Pasal penceramah daripada Kedah ni. Maaf la , aku lupa pulak nak tanya nama dia. Untuk pengetahuan semua readers Masjid Hulu Langat ni buat Tarawih 8 rakaat , rakaat ke-4 diorg akan berhenti dulu dan diorg isi dengan sesi ceramah sebelum masuk ke rakaat 5 hingga solat witir. Apa yang penceramah ni ceritakan membuatkan aku segar seketika daripada mengantuk haha. Dia merupakan penulis buku agama , yang aku dengar dia dah buat buku pasal Lailatul Qadar. Ada banyak perkara dia bincangkan malam tu tp aku tertarik dengan topik pasal ada 5 jenis manusia yang tidak akan berjumpa dengan Lailatul Qadar.. Insyallah apa yang aku sampaikan ini sama dengan apa yang Ustaz tu  cakap. 

1.) Orang yang menyekutukan Allah / Syirik kepada Allah
- Kadang2 kita tidak sedar dengan perbuatan kita itu. Perkara2 yang menyebabkan kita syirik kepada Allah SWT. Jadi berjaga2 lah dengan perbuatan , pertuturan dan juga iktiqad kita. Untuk info mengenai Syirik sila tekan link ini --> "Maksud Syirik".

2.) Tidak berjasa dengan kedua orang tuanya / Derhaka kepada Ibu bapa.
- Janganlah kita pentingkan benda lain sehinggakan Ibu bapa kita terabai. Jangan pentingkan kawan2 , kekasih korang lebih daripada Ibu Bapa korang. Ingatlah , syurga itu ditapak kaki ibu kita. Baik buruk dia , dia tetap ibu yang melahirkan kita. janganlah lupa untuk menyenangkan mereka ketika mereka masih hidup. Kalau masih berkesempatan , mohon la keampunan daripad mereka.

3.) Bermusuh dengan saudara / berdendam.
- Lailatul Qadar semakin jauh dengan kamu jikalau korang suka sgt bermusuh dengan org lain. Maafkan seseorang itu bukan semata2 untuk mendapat Lailatul Qadar tp kita juga mendapat ketenangan diri. Janganlah  bila dah bergaduh dengan kawan2 , adik beradik sampai lebih daripada 3 hari. Malah kalau kita berkata sesuatu yang buruk mengenai sahabat baginda juga , itu merupakan bermusuh dengan sahabat baginda.

4.) Melakukan maksiat yang berterusan.
- Kalau dalam bulan Ramadhan pun masih lagi x berubah2 lagi dengan melakukan maksiat , maka tiadalah Lailatul Qadar terhadap hamba Allah tersebut. Maksiat ni besar definisinya , ia tidak tertumpu kepada mereka yang berzina atau minum arak saje. Jadi bulan Ramadhan ni la kita nak mohon keampunan dengan segala dosa kita ini supaya kita dapat merasa Malam Lailatul Qadar yang kita nanti2kn apabila Bulan Ramadhan menjelma.

5.) Bangga dengan maksiat / dosa yang dia lakukan.
- Maaf la eh , tapi kalau dah Bulan Puasa tu pandai2 la jaga penampilan diri masing2. Kita ada batas n aurat kita. Yang perempuan kalau dah tahu diri tu suka sgt pakai baju ketat2 atau seksi2. Udah2 la nak menunjukk kamu tu seksi , tambah dosa je n tambah dosa orang lain jugak. Laki2 pula yang ponteng puasa tu x yah la nak tunjuk2 kat org lain yg kamu tu x puasa buat malu jee.


Setiap manusia tu ada naluri untuk berubah kearah kebaikan. Tapi yang paling penting adalah kita sendiri yang boleh mengubah diri kita dari pada yang buruk kepada yang baik , drpd yang jahat kepada yg baik. Aku pun kadang2 terlepas pandang dengan silap aku sendri , sebb itulah kita sesama manusia kena mengingati satu sama yang lain supaya kita dapat membendung daripada melakukan dosa.

JUADAH BERBUKA AKU.
Roti John. 
Kicap.

3 comments:

  1. kicap? apekah? itu bukan sejenis makanan der. haha

    ReplyDelete
  2. nice..rajin2 g trawih ye XD

    ReplyDelete
  3. kicap tu as complimentary la akak comei fannie.
    ;p

    tq RazFira

    ReplyDelete