Alhamdulillah , selesai pula solat tarawih kedua aku di Masjid Al-Amin kalau x silap area Taman Cuepacs di Kem PGA .. iaitu rumah lama aku. Lama betul x pergi kat sini sbb , last aku jejak kat area ni waktu aku darjah 4 la then aku pindah kat Desa Baiduri pulak. Kat masjid ni juga la aku mandikan jenazah arwah ayah aku. Dalam solat td terlintas bayangan arwah kat minda aku. Solat di Masjid lain suasananya kalau kita nak bandingkan solat dirumah. Tgk je la Masjid yang aku pergi td .. Gambar bawah... agak meriah jugak la. Bacaan Imam td walaupun panjang tapi dia baca laju .. Aku bukan ape , kesian tgk pakcik2 , makcik2 including mak aku berdiri lama. Ada yang x larat tu buat2 larat pulak.. Jom sambung fadhilat solat tarawih hari kedua.
*Malam Kedua : Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Kalau entry pertama aku bg info pasal niat dan doa . ape kata kali ni kita borak2 pasal Syarat Wajib Puasa? Mudah je :-
1.) Berakal.
2.) Akhil Baligh (Cukup Umur).
3.) Kuat atau Mampu mengerjakan Puasa.
Cukup je ketiga-tiga syarat ni , tiada alasan yang boleh menyebabkan seseorang yang beragama islam itu lari daripada mengerjakan ibadah puasa ini.
Untuk kasi korang panassss sket. Cube la tgk juadah berbuka aku untuk Hari Pertama berpuasa ni. Biasa je tapi kenyang dan sedap. Jimat pun jimat. Family aku dah decide untuk kurangkn beli di bazar Ramadhan. Bukan kedekut tp latih diri untuk jauh daripada pembaziran..


Puasa perut, mata, mulut dan nafsu. Kene kontrol tu sume Jim.
ReplyDeletehaha betul tu abg gg! =)
ReplyDelete