Alhamdulillah kita masih berada didalam bulan Sya'ban dan tahniah kepada mereka yang berjaya menunaikan puasa sempena Nifsu Sya'ban yang berlaku pada hari ini iaitu 15 Syaaban 1432H/17 Julai 2011M. Jangan dilupai kepada peristiwa2 islam yang kini menjadi satu landasan bagi kita untuk ke syurga. Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan ini adalah :-
1.) Bulan dimana Al-Quran pertama kali diturunkan ke muka bumi.
2.) Berlakunya Perang Badar.
3.) Peristiwa Nabi Muhammad S.A.W ke TABUK
4.) Islam sampai ke YAMAN.
5.) Pembukaan ANDALUS (SEPANYOL)
dan banyak lagi peristiwa2 yang berlaku sila rujuk : Blog Ilmu.
Solat jumaat lepas aku solat di Masjid Wilayah di Jalan Duta Kuala Lumpur. Seperti biasa sebelum Azan dan juga Khutbah Jumaat , Pihak Masjid Wilayah ada menjemput penceramah untuk mengisi masa yang terluang sebelum berkumandangnya Azan Waktu Zohor. Tajuk yang disampaikan pun bertepatan dengan apa yang aku nak cerita ni. Iaitu bagaimana kita hendak menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Mesti kite dengar org sebut pasal Hari Raya tengah2 puasa atau sebelum puasa , padahal puasa pun x abes lagi , sepatutnya kita meraikan dulu bulan Ramadhan ni sebelum kita nak cerita pasal Raya. Ok-ok sambung balik cerita tadi , dalam ceramah tu ada cakap banyak amalan yang kita boleh buat seperti berpuasa sunat dan juga bertahajud malam2.
Aku setuju sgt dengan penceramah yang dijemput tu , bulan sya'ban ni kira bulan yang mana kite boleh mula training untuk berpuasa. X kira la korang ade cara korang masing2 yang manage korang punya bulan Sya'ban ni tp at least bagi la masa sedikit untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Aku pun ada zaman yang aku x banggakan dan aku nak tebus balik semua tu. Tapi nak mulakan macam aku buat dulu2 tu kene ade training jgk. Kene start puasa sunat , tidur awal untuk bgn tahajud , baca al-quran , solat jemaah untuk prepare tarawih nanti , jaga mata , hati , telinga. Menangis pun satu ibadah kalau kita menangis sbb kita taubat nasuha. Jadi disini aku nak ucapkan selamat mengisi masa lapang korang dengan aktiviti yang berfaedah okay?
Allah menegaskan di dalam surat Al- Hasyr :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat kepada dirinya apa yang telah ia persiapkan untuk hari esoknya, dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan. Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah sehingga Allah melupakan diri mereka, merekalah orang-orang yang fasik. (Al-Hasyr: 18-19) Sumber : Blog Ilmu.
Terdapat 8 Amalan yang korang boleh start buat mulai sekarang. Selamat beramal ye.
1.) Lapangkan diri untuk muhasabah diri / ingat balik kesalahan korang yang lepas.
2.) Mengampunkan org2 yang telah buat salah dengan korang.
3.) Memperbanyakkan Istighfar dan taubat.
4.) Melatih diri dengan berpuasa sunat , membaca al-quran dan bertahajud. (salah satu pun dah bagus)
5.) Melawat saudara2 terdekat
6.) Persiapkan bekalan untuk bulan ramadhan
7.) Belajar berjimat ketika berbelanja (untuk elak belanja berlebihan ketika di bazar ramadhan)
8.) Memperbaiki kelemahan diri.




0 comments:
Post a Comment